Sunday, October 12, 2008
Mari tanamkan semangat patroitisme..!
Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan
50 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara
Kini 50 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?
Mereka tak mengerti, mereka lupa..
Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu?
50 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 50 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka....
Jadi semangat merdeka perlu ditanamkan didalam diri generasi muda masa kini kerana merekalah yang bakal mentadbir negara ini. Semangat patrotisme perlu didik didalam diri mereka sejak dari kecil lagi..
Jadi saya sebagai cikgu ingin menerapkan semangat patriotisme didalam diri anak murid saya dan marilah kita bersama-sama mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ini..!!
p/s : Sila ikuti laman ini bermula dari ruangan bawah..
Teks petikan hari kemerdekaan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsMnQfPKABAmTtgNG5FO78Qpd1IvlqVG_i7sRbnwfrszN9e3OxVEzikiPU3CbfxGQnxWFXyQa80ZXoobd01Sh3YNcwLaaD0WT_6uHRI-1Gdna3kF-0bJNryV8KbGLKj1nzrgBW9dZWgCo/s320/tentera.jpg)
Setiap tahun, pada 31 Ogos,negara kuta menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah,kedai dan rumah kediaman.
Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar,pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzYlTB725ej7CTm8fkLtjxpkBShVoPDAxx5apvRMKjBlWUb-_s5FC2Sbkc-cTI5Ex8MES3DKQfL9mK28d9npr1E5-QMcCor2GFABl2Aa7d0hyphenhyphenQLwtC5TAtRxD5sQyJBlYwSvpnI2nHMwU/s320/medeka.jpg)
Mari Semua Murid-Murid.. Kita Melafazkan Ikrar
Sebagai seorang pelajar, kita perlulah menaburkan bakti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
JADI MARI BERSAMA-SAMA KITA MELAFAZKAN IKRAR INI :-
"SAYA BERJANJI KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT, SAYA AKAN BERBAKTI KEPADA NEGARA DENGAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH."
Jadi perlulah kita sematkan ikrar ini didalam hati kita semua. Somoga apa yang kita ikrarkan itu akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Gambar-gambar kemerdekaan
Pengajaran Tatabahasa
- Besungguh-sungguh
- Tolong-menolong
- Hormat-menghormati
- Undang-undang
- Aktiviti-aktiviti
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibkeETrwmUb2e-89g_ELMzuyYhFqHNaM-czFAJGlPhFax33flnbeEZGQK-iavyt-8E7ke3IoTb4gX23qqCOmGcyb_4pPR48ZxaV1Xy0HAd_MQvwi0911JLCQ3BoV4J9iKUqDz55t-cTds/s320/balajar.jpg)
belajar dengan bersungguh-sungguh
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCJ3WZqFvUTA8rQg5x4fmhmPIK7aT5jHf-3_nDvJA7bzcQZlgAPHa6S98QTIWSTm_tzjAPQsWHkqlTSiyesh4G6XfYt0_6AkbO8ZjAO8yot2-7SlXcFQwlpUK3yAnca4VLCUYJaIoqyZk/s320/tlg+menolong.jpg)
Mengamalkan sikap tolong-menolong
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdNVIITtRLHjapnuhqLxcnidNioXfS0W1RbSZjkSEWfIcipE-v-s-DcHFQb9iJBIZvGUCuWUBJPqcd882w5l6w3HHADnUS_VqwLbSQNLNfUuiZGk6CiVA56SeGDc-MjQEFlYvfk9Nidhs/s320/hormat+menghormati.jpg)
Saling hormat-menghormati antara satu sama lain
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1fJpehyT9CjYFkH7x-kQVHL9NcAiQyhAJpYO3RoBn6Ncgpu9toP_TgCeJiMJuLENUqga3dsSjViK6ZWoUm3AnSLv7BjZ5Hv86tFig9gUz1pnKSp9OEX9IguzK9UHMHfd_3iuF07LMSow/s320/undang-undang.jpg)
Mematuhi undang-undang negara
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqNsvDMWDc3915657Pl6_gfmmQjgVwizZfnKKzBi0Ey4CNRvFwQxhP6DsUZd7WcSncobbXepoyF7dBoowQcEzT2Lr4duN6v9zIDsuApaAZRCDsUzG3i-3RRU62McEFFAgaz7Gg7Nx-VGY/s320/akvti-aktvti.jpg)
Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Kata Ganda
• Kata ganda ialah proses penggandakan perkataan.
• Kata ganda digunakan di dalam penulisan dan ayat untuk melahirkan maksud-maksud yang tertentu.
• Selalunya, kata ganda ini juga bertujuan untuk membawa maksud yang banyak.
• Perkataan yang digandakan perlu diletakkan tanda sempang (-).
Jenis-jenis kata ganda
• Terdapat 3 jenis kata ganda iaitu :-
1. Kata Ganda Penuh
2. Kata Ganda Separa
3. Kata Ganda berentak
Kata Ganda Penuh
• Kata ganda penuh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar tanpa sebarang perubahan bentuk.
Contoh :- ayat-ayat
budak-budak
lari-lari
Kata ganda separa
• Kata ganda separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah iaitu e pepet.
Contoh :-
langit à la-langit à lelangit
siku à si-siku à sesiku
kura à ku-kura à kekura
Kata Ganda Berentak
• Pergandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah
Contohnya :- sayur à sayur-mayur
kuih à kuih-muih
mandi à mandi-manda
Rancangan Pengajian Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Arif
Tarikh : 27 Ogos 2008
Masa : 60 Minit (7.45 pagi – 8.45 pagi)
Bilangan Murid : 30 Orang
Tajuk : Kami anak Malaysia
Tema : Cintakan negara.
Objektif : Pada semasa atau akhir pengajaran, murid dapat :
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menyatakan isi penting petikan yang telah dipelajari.
iii. Menyatakan sesuatu perkara dengan ayat yang betul.
iv. Mengaplikasikan bahan pelajaran yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
Fokus Utama:
5.1 Membaca kuat teks petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan:
8.2 Memahami sesuatu maklumat berdasarkan teks.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang dibaca dan dipelajari.
Kemahiran Bahasa :
Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
Sistem Bahasa :-
Tatabahasa : Kata nama (kata nama am dan khas), binaan ayat.
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : Sejarah. Sivik.
Nilai Murni : Prihatin, bekerjasama, semangat patriotik
Kemahiran Bernilai Tambah :-
Kemahian Berfikir
- menjawab soalan berdasarkan petikan
- mengaitkan punca
Belajar Cara Belajar
- membaca intensif
Kajian Masa Depan
- membuat ramalan
-
Pembelajaran Kontekstual
- mengaitkan isi pengajaran dengan kehidupan seharian
- menghubungkaitkan pengetahuan baru
i. Guru bersoal jawab dengan murid. ii. Guru menunjukkan bendera Malaysia kepada murid-murid didalam kelas iii. Guru bertanyakan tentang pengalaman hari merdeka yang pernah mereka alami
|
|
Contoh Soalan :
- Apakah bendera ini murid-murid.
- Apakah murid ini semua rakyat Malaysia?
- Adakah murid-murid semua cintakan negara ini?
Langkah 1
|
v. Selepas selesai murid-murid menulis kata ganda, guru menerangkan serba sedikit tentang tanggung jawab murid-murid sebagai anak,murid, dan warganegara Malaysia.
Perkataan :-
- bersungguh-sungguh
- hormat-menghormati
- aktiviti-aktiviti
- tolong-menolong
- undang-undang
BBM:- -gambar situasi :- -LCD Kemahiran Belajar ;- |
Langkah 2 (15 Minit)
|
ix. Kemudian setiap ahli dalam kumpulan tersebut membaca ikrar tersebut dihadapan kelas dengan kuat dan jelas
BBM – -Lampiran komputer. -LCD Nilai :- -bertanggung jawab. - semangat patriotik. - Bekerjasama |
Langkah 3 (20Minit)
Soalan:- Apakah yang kamu semua tahu tentang hari kemerdekaan? Apakah yang akan kita lakukan apabila menjelangnya hari kemerdekaan negara? BBM – -Lampiran komputer -LCD -gambar Bangunan Sultan Abdul Samad. -gambar Bapa Kemerdekaan. Tuanku Abdul Rahman. KB - Memahami situasi Pemerhatian Nilai – Semangat cintakan negara. Bertanggungjawab
iii. Guru meminta murid agar menghantar kerja rumah yang telah diberikan sebentar tadi pada hari esok.
-menjawab soalan pemahaman dan mencari makna perkataan.
|