Sunday, October 12, 2008

Mari tanamkan semangat patroitisme..!

Inilah sajak yang telah direka untuk generasi muda kini..

Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan

50 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara

Kini 50 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?
Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu?

50 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 50 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka....


Jadi semangat merdeka perlu ditanamkan didalam diri generasi muda masa kini kerana merekalah yang bakal mentadbir negara ini. Semangat patrotisme perlu didik didalam diri mereka sejak dari kecil lagi..

Jadi saya sebagai cikgu ingin menerapkan semangat patriotisme didalam diri anak murid saya dan marilah kita bersama-sama mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ini..!!


p/s : Sila ikuti laman ini bermula dari ruangan bawah..

Teks petikan hari kemerdekaan



Setiap tahun, pada 31 Ogos,negara kuta menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah,kedai dan rumah kediaman.

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar,pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.



Mari Semua Murid-Murid.. Kita Melafazkan Ikrar

Janji Kita

Sebagai seorang pelajar, kita perlulah menaburkan bakti kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara.



JADI MARI BERSAMA-SAMA KITA MELAFAZKAN IKRAR INI :-

"SAYA BERJANJI KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT, SAYA AKAN BERBAKTI KEPADA NEGARA DENGAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH."


Jadi perlulah kita sematkan ikrar ini didalam hati kita semua. Somoga apa yang kita ikrarkan itu akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Gambar-gambar kemerdekaan



MENARA BERKEMBAR KUALA LUMPUR




PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEEMPAT DATO TUN MAHATHIR MOHAMMAD




PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KETIGA TUN HUSSEIN ONN



PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEDUA TUN ABDUL RAZAK




PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA TUANKU ABDUL RAHMAN




BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Pengajaran Tatabahasa

Kata Ganda
- Besungguh-sungguh
- Tolong-menolong
- Hormat-menghormati
- Undang-undang
- Aktiviti-aktiviti






belajar dengan bersungguh-sungguh



Mengamalkan sikap tolong-menolong



Saling hormat-menghormati antara satu sama lain



Mematuhi undang-undang negara



Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

Kata Ganda
• Kata ganda ialah proses penggandakan perkataan.
• Kata ganda digunakan di dalam penulisan dan ayat untuk melahirkan maksud-maksud yang tertentu.
• Selalunya, kata ganda ini juga bertujuan untuk membawa maksud yang banyak.
• Perkataan yang digandakan perlu diletakkan tanda sempang (-).


Jenis-jenis kata ganda
• Terdapat 3 jenis kata ganda iaitu :-
1. Kata Ganda Penuh
2. Kata Ganda Separa
3. Kata Ganda berentak



Kata Ganda Penuh
• Kata ganda penuh ialah proses menggandakan seluruh kata dasar tanpa sebarang perubahan bentuk.
Contoh :- ayat-ayat
budak-budak
lari-lari



Kata ganda separa
• Kata ganda separa melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah iaitu e pepet.
Contoh :-
langit à la-langit à lelangit
siku à si-siku à sesiku
kura à ku-kura à kekura



Kata Ganda Berentak
• Pergandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah
Contohnya :- sayur à sayur-mayur
kuih à kuih-muih
mandi à mandi-manda

Rancangan Pengajian Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Arif

Tarikh : 27 Ogos 2008

Masa : 60 Minit (7.45 pagi – 8.45 pagi)

Bilangan Murid : 30 Orang

Tajuk : Kami anak Malaysia

Tema : Cintakan negara.

Objektif : Pada semasa atau akhir pengajaran, murid dapat :

i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Menyatakan isi penting petikan yang telah dipelajari.

iii. Menyatakan sesuatu perkara dengan ayat yang betul.

iv. Mengaplikasikan bahan pelajaran yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.

Fokus Utama:

5.1 Membaca kuat teks petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Fokus Sampingan:

8.2 Memahami sesuatu maklumat berdasarkan teks.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang dibaca dan dipelajari.

Kemahiran Bahasa :

Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

Sistem Bahasa :-

Tatabahasa : Kata nama (kata nama am dan khas), binaan ayat.

Pengisian Kurikulum :-

Ilmu : Sejarah. Sivik.

Nilai Murni : Prihatin, bekerjasama, semangat patriotik

Kemahiran Bernilai Tambah :-

Kemahian Berfikir

- menjawab soalan berdasarkan petikan

- mengaitkan punca

Belajar Cara Belajar

- membaca intensif

Kajian Masa Depan

- membuat ramalan

-

Pembelajaran Kontekstual

- mengaitkan isi pengajaran dengan kehidupan seharian

- menghubungkaitkan pengetahuan baru


Set Induksi.

i. Guru bersoal jawab dengan murid.

ii. Guru menunjukkan bendera Malaysia kepada murid-murid didalam kelas

iii. Guru bertanyakan tentang pengalaman hari merdeka yang pernah mereka alami







Contoh Soalan :
- Apakah bendera ini murid-murid.
- Apakah murid ini semua rakyat Malaysia?
- Adakah murid-murid semua cintakan negara ini?


Langkah 1

  1. Guru meminta murid membuka buku teks muka surat 54.
  2. Kemudian guru meminta murid-murid memaklumkan situasi yang terdapat buku teks tersebut.
  3. Kemudian guru menerangkan serba sedikit tentang kata ganda.
  4. Kemudiannya murid semua diminta menulis kata ganda yang terdapat dalam situasi tersebut.

v. Selepas selesai murid-murid menulis kata ganda, guru menerangkan serba sedikit tentang tanggung jawab murid-murid sebagai anak,murid, dan warganegara Malaysia.

Perkataan :-

- bersungguh-sungguh

- hormat-menghormati

- aktiviti-aktiviti

- tolong-menolong

- undang-undang

BBM:-

-gambar situasi :-

-lampiran komputer.

-LCD

Kemahiran Belajar ;-




- memahami situasi berdasarkan rajah




Langkah 2 (15 Minit)

  1. Guru menerangkan tentang peranan berikrar.
  2. Guru menulis ikrar seorang murid terhadap negara ini Malaysia.
  3. Kemudian guru meminta kesemua murid berdiri, mengangkat tangan dan melafazkan ikrar dengan kuat dan bersemangat.
  4. Beberapa orang murid telah dipilih untuk melafazkan ikrar itu secara individu di hadapan kelas.
  5. Selepas itu guru memecahkan murid kepada beberapa kumpulan.
  6. Guru memberikan tugasan iaitu setiap kumpulan perlu membuat ikrar sendiri terhadap ibu bapa dan juga pihak sekolah.
  7. Guru pergi memantau dan memberi tunjuk ajar kepada setiap kumpulan yang sedang berbincang.
  8. Kemudian setiap kumpulan kehadapan untuk menulis ikrar mereka tersebut.

ix. Kemudian setiap ahli dalam kumpulan tersebut membaca ikrar tersebut dihadapan kelas dengan kuat dan jelas

BBM –

-Lampiran komputer.

-LCD

Nilai :-

-bertanggung jawab.

- semangat patriotik.

- Bekerjasama










Langkah 3 (20Minit)

  1. Guru menyuruh murid membuka teks petikan yang terdapat didalam buku teks. Petikan Malaysiaku Negaraku.
  2. Guru membaca petikan tersebut dengan kuat dihadapan kelas mengikut perenggan dan murid-murid mengikut bacaan guru itu bersama.
  3. Kemudian guru meminta beberapa orang murid membaca petikan tersebut secara individu dengan kuat dan jelas.
  4. Kemudian guru bertanya secara terbuka di hadapan kelas dengan bertanyakan tentang isi penting teks tersebut.
  5. Murid boleh mengemukakan atau menyatakan isi penting tentang teks bacaan atas pemahaman hasil daripada bacaan sebentar tadi.
  6. Sebagai selingan, guru menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan kemerdekaan kepada murid.
  7. Kemudian guru meminta murid menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks tersebut.
  8. Guru memberi kerja rumah kepada murid-murid.

Soalan:-

Apakah yang kamu semua tahu tentang hari kemerdekaan?

Apakah yang akan kita lakukan apabila menjelangnya hari kemerdekaan negara?

BBM –

-Lampiran komputer

-LCD

-gambar Bangunan Sultan Abdul Samad.

-gambar Bapa Kemerdekaan. Tuanku Abdul Rahman.

KB -

Memahami situasi

Pemerhatian

Nilai –

Semangat cintakan negara.

Bertanggungjawab


Penutup (5 Minit)

i. Guru bertanya murid tentang isi pelajaran yang diajar sebentar tadi.

ii. Murid memberikan jawapan kepada guru berdasarkan pemahaman mereka.





iii. Guru meminta murid agar menghantar kerja rumah yang telah diberikan sebentar tadi pada hari esok.

Soalan :-

Apakah yang kamu perolehi daripada pelajaran tadi?

Kerja Rumah :-








-menjawab soalan pemahaman dan mencari makna perkataan.